Thursday 7 August 2014

i'm back

olla. salam 11 syawal. selama 10 hari raya ni tak terbukak pula blog ni. terlupa. hiks!

so, tak terlambat untuk dian susun 10 jari meminta maaf kat korang! ;D

sedang fikir idea untuk tutorial esok..........nantikan!! :D

Thursday 24 July 2014

Persiapan raya diana 2014

salam 27 ramadhan. sementara susun baju nak balik kampung, sambil ngadap laptop untuk bagi tips.

actlly, dian ada beli banyak la jugak barang persiapan raya. ingat kot balik kampung hari sabtu. at last jumaat. susun baju tak teratur. nasib barang beli awal-awal. kuih raya pun dah siap. siap beli. ada 3 jenis kuih raya. tak byk. sbb yg datang beraya kawan rapat je. yg lain terus bg duit raya jela. hehe. baju raya pun dua pasang je.

dian pegi watson. beli 5/6 kali la jugak. banyak sgt barang nak beli. so, terpaksa ulang-alik dari semalam ke harini dari pagi ke petang ke malam. agak memenatkan, kan? 

dian ni pelik sikit, tak sikit banyak. dian pegi jusco beli barang-barang ni :

  • Silkygirl Gel Liner (01 black)
  • Essence Lip Liner (nude colour) 
  • Maybeline Baby Lips Lipbalm
  • Peel-of-mask- Nivea
  • C&C Oil Control
  • Thanaka
  • C&C Cleanser Watery Light
  • Nexcare - Acne Treatment
  • Silkygirl Mascara Big Eyes with Serum
  • Eye collagen
  • Lip Tint Obbouse (colour in 10)
see yaa!

Saturday 12 July 2014

RAMADHAN REVIEW : Natural whitening thanaka

Thanaka ni terkenal kat Myanmar. Lepas tu, Nora Danish pakai dan jual kat insta dia, semua mula minat. Ye la, siapa tak nak cantik mcm Nora? Cerita sikit?

Tapi dian beli just suka-suka. Persediaan awal sebelum raya.

Maap lee, tak nyempat amik gambor thanaka ni. Nak amik kat google pun tak menyempat haa. 

Korang boleh search google, ye?

Malam tadi dian pakai. Best gila. Bau wangi. Ye la, kalau busuk sape je nak pakai?

Tapi kadang-kadang nak cantik punya pasal, busuk pun busuh lah.

Ada ke org mcm tu? Hm

Tapi yang dian guna ni, lain dengan Nora Danish punya. Dia punya Tate'. Kita punya Thanaka. Tapi, sama je. Cuma keluaran je lain.


101 fungsi dan kebaikan antaranya ialah

✔melicinkan kulit muka

✔memberi kesegaran pada kulit

✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit

✔menanggalkan sel kulit mati

✔ia membantu sejukkan kulit

✔membersih & menengang wajah

✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih

✔ Sesuai untuk semua lapisan umur

✔ Menghilangkan ruam-ruam badan

✔ Boleh digunakan dimuka dan badan

✔ Menghilangkan gatal-gatal badan

✔ Mengecutkan jerawat

✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.

✔ Hilangkan jeragat

✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka

✔ Pelindung cahaya matahari

✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


Bedak Tanaka mempunyai 4 jenis haruman :-

- rose(warna pink)

-jasmine(putih)

-krim(original)

-hijau(limau)


Dian sanggup potong jari cakap Thanaka ni best pakai! Orang cakap "pakai ni rasa pedih kat tempat yang kita sapu tu. Lagi la yang berjerawat tu. Ish, pedih"

Ye ke? Kulit dian ok je. Tak pedih sbb kulit dian pun berjerawat. Tapi pedih tu ye la. Sikit. Rasa mcm nak darah hidung tapi tak. Rasa pedih dia tu 2/3 saat je. Lepas tu hilang. Dan, rasa pedih dia tu tak kuat. Tak rasa sangat.

Cara pemakaian : 

-untuk dijadikan foundation : ratakan Thanaka dengan tangan atau span
-untuk dijadikan bedak sejuk : ratakan Thanaka dengan tangan lepastu sapu air kat muka. Jangan basuh terus, tau?

Komen dian?
Jerawat makin pudar, parut ada yang hilang, kulit licin, blackheads kurang.

Thanks THANAKA! LOVE U! :*

Wednesday 9 July 2014

contoh gambar rujukan fresh eid look makeup tutorial

Tak tahu apa maksud WATERLINE? 

 Sudut dalam mata tu mcm mana?????

soalan bg fresh eid look makeup tutorial

ni bg semua soalan di SINI!

Soalan :    Kenapa tak boleh pakai bulu mata tebal?
Jawapan : Sebab kita nak nampak segar di pagi hari. Mungkin hanya cukup                    pakai maskara sahaja. Tak perlukan bulu mata palsu pun ok. Kalau                nak pakai bulu mata palsu, cari tutorial lain di blog ni.

Soalan :    Warna baju apa yang sesuai dengan mekap ni?
Jawapan : Semua warna baju raya sesuai. Terutama sekali warna putih.                        Contohnya, korang merancang tema baju raya pada tahun ini warna                Merah, boleh sahaja gunakan mekap ni. Cuma warna lipstik sahaja                perlu tukar! Sesuai sangat dengan baju tema warna apa pun.                        Termasuklah turqoise, hitam & emas!

Soalan :   Boleh pakai concealer atau foundation tak?
Jawapan : Boleh! Tetapi jika saya, saya lebih suka memakai yang nipis. Bila                  saya pakai foundation + concealer, saya dapat rasakan muka saya                  berat sedikit. Disebabkan muka saya tiada masalah seperti jerawat                penuh, saya lebih suka memakai compact powder!
Soalan :   Boleh ke saya pakai compact powder dan concealer sahaja?
Jawapan : Boleh. Tetapi jika awak memakai concealer & compact powder                        sahaja, mungkin akan menampakkan warna kulit tidak sekata. Saya                sarankan awak memakai foundation sekali!

fresh eid look makeup tutorial

bahan-bahan :
  • compact foundation powder 
  • maskara hitam
  • eyeliner hitam (gel, liquid, pencil)
  • pencil liner putih
  • blusher (pink, orange)
  • eyeshadow putih
  • brow powder
  • lipbalm
  • lipstik
  • eyecream

langkah-langkah :

  1. pastikan muka korang dah dicuci menggunakan pencuci
  2. diikuti serum, toner, moisturizer, eyecream dan cream kecantikkan
  3. guna compact powder berasaskan foundation, yang boleh menutup ketidak kesempurnaan di muka. cth: pixy, silkygirl
  4. lukis kening anda. boleh guna pencil brow atau brow powder atau brow gel. pastikan warnanya tak gelap sangat.
  5. pakai eyeshadow putih, cara sapuan sila rujuk gambar dibawah
  6. pakai pencil liner putih di waterline (bawah mata. rujuk di gambar bawah)
  7. pakai eyeliner hitam 
  8. diikuti dgn maskara hitam. nak pakai bulu mata palsu pun boleh. tp kena amik bulu mata palsu yg natural. jgn tebal.
  9. sebelum memulakan mekap lg kena pakai lipbalm. jd pakai libalm kalau blh 2 kali. sblm mulakan mekap & sebelum memakai lipstik. supaya lipstik boleh disapu dgn rata
  10. pakai blusher di tulang pipi warna jgn pekat sgt. nnt nmpk mcm lebam. yg natural je
  11. pakai lipstik warna pink/nude. cantik! :D
ada soalan? : SINI!
contoh gambar? : SINI!!!

Sunday 22 June 2014

But first, let me take a selfie. MONOPOD -

Happy na cik diana dapat monopod. Beli kat cameron highlands. Haritu terjumpa kat mana tah, harga mahal gilaa, RM49 ringgit. Hm, no diskaun.

Lepas tu pergi pasar malam, harga sebenar, RM40. Aku mintak murah, dapat RM30. Alhamdulillah. 

Tapi remote dia tu RM50 takboleh diskaun sedih gak. Aku set timer je. So kakak sedara aku pun sama. Takde shuttler (nama remote dia) 


Waktu tu ada 3 warna, hitam, pink-merah, hijau-turqoise. Aku amik hitam. 


Kalau korg ada monopod tapi tak tau nak guna, boleh TEKAN SINI 


Tips rambut panjang!!

Hi, harini tetiba rajin nak update blog. Ni ikut tips yang aku selalu gunalah. Sebab tahun lepas aku nak rambut panjang sebelum raya, tapi panjangnya atas bahu aja. Ngapain? Ceh, cakap indonesia pula aku ni. Hehe takpe kan belajar bahasa-bahasa lain? So jom mulakan misi untuk panjangkan rambut anda anda anda.

1. Trim rambut 
- Untuk permulaan, trim rambut. Cakap je kat hairdresser tu, nak potong trim 1 inch. 1 inch je tau, jangan lebih. Kalau lebih dari 1 inch, mungkin lambat sikit nak panjang. Tak tau la, sebab selalunya aku potong 1 inch je. Lakukan trim rambut sebulan 2/3 kali. Tapi aku sekali je. Jimat duit. Or korang pun boleh potong sendiri. Search youtube "How To Trim Hair" takpun search google cara nak trim rambut. Lagi jimat weh!

2. Basuh rambut selang sehari
- Guna syampu & perapi yang sama tau. Kalau korang guna syampu tu asyik gugur je rambut, tukar syampu or rambut akan botak.

3. Jangan basuh rambut waktu pagi. Malam sahaja

4. Bagi yang bertudung, jangan pakai tudung semasa rambut basah.

5. Sikat perlu guna sikat yang bergigi jarang.
- Aku buang semua sikat yang gigi dia banyak tu. Takpun aku buat dok nyanyi. Berlagak toilet singer katakan. Maaf. Wajib guna sikat bergigi jarang ok? 

6. Gunakan pengering rambut, hair starightner atau apa sahaja setiap hari. Gunakan waktu masa yang penting sahaja
- Eh, starightner tu betul ke eja? Lantak. Iron rambut tu k. Bukan iron baju tu. 

7. Kalau ada masa, picit-picit kulit kepala korang
- Aku selalu buat masa tengah basuh rambut guna perapi lepas tu picit-picit. Korang nak buat waktu berangan ke sebelum tidur ke, ikutlah. Aku takleh buat waktu tu. Sebab nanti rambut aku keluar kelemumur. 

8. Manjakan rambut anda 
- Ada masa dok menghadap laptop tu, amik sikit bergigi jarang then sikat la berapa minit. 

9. Jangan ikat rambut terlalu ketat
- Paling penting. Kalau tak rambut kita rosak. 

Ni jela tips aku harini, semoga berkesan. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Can't wait. Nanti aku nak bercerita ngan korg! :D




Tuesday 3 June 2014

NEW HAUL (JUNE) ^______^!!!!!!!!!!!!!!!

Hello, June. Please be nice to me. 

Dengan bismillah aku ceraikan Mei dengan 31 hari & aku nikahkan Jun dengan 30 hari. Semoga bahagia & ceria selalu. Takmo sedih-sedih ok. SMILE. It's sunnah :)

^
|
|
|
|
| harap maaf, saya tak reti baca. Ni tok kadi bolehla -> "aku terima nikahnya ________ dengan mas kahwin ___________ dibayar tunai." "Sah?"

Cakap pasal nikah, sepupu aku nak nikah Jumaat ni. Kenduri Sabtu. So, tadi aku lari pecut ke Watson. Sebab sepupu nak kahwin punya pasal, aku sanggup try mekap. Even bukan aku yg kahwin. =.=' 

Aku beli BLACKHEADS REMOVER & concealer. 



First time ada concealer..







Apa pun, tahniahlah, sepupu. Nak jadi isteri orang!^___^ semoga bahagia selalu sepupu. Thanks bagi baju & lain-lain free. Hargai sangat. Lagila awak belanja makan eskem. Sayang awakk :**

DIY Masker

Hi, bloggers. Happy holiday! Eh, mentang-mentang holiday, online pula cik Dian ni. Selalu busy memanjang! Amboi, marah kau. Aku tolong mak jah, jiran kau tu nak kahwin dah dia. Alhamdulillah. *lawak hambar memalam cenggini*

Ok, takmau cakap banyaklah. Lawak hambar dah habis ok. Harini cuma nak share masker.

Apa itu DIY?
= DIY ialah Do It Yourself 


Leklu leklu, aku pun taktau apa maksud DIY mula-mula. Lepas dah tau, bukan main berlagak spikim mat salleh kau. 

Kalau diikutkan last post aku yang baru upload semalam atau dua hari lepas, aku ada update "lip scrub tutorial" sebenarnya, tu pun DIY jugak. Aku ada cakap yang aku ni jenis suka berjimat. Malas nak keluarkan duit kecuali ada orang belanja aku bayar tapi aku punya barang. Disebabkan "kemalasan" aku tu, aku search kat google DIY masker. Banyak gila. Tapi, aku search omputih punya lah. Banyak produk yang tak jual di Malaysia & ada yang aku tak tahu mana nak beli. Macam cocoa powder. Tapi, cocoa powder takde kena mengena dalam tutorial harini. 

Korang ambil limau nipis + tepung, gaulkan. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Biar la berapa jam. Aku 3 minit je. Maleh nak tunggu 3 jam. Nak tantik cepat! T_T

Aku pun............ Taklah pro sangat. Ni pun hasil bantuan mr. GOOGLE tu. Masehhh, mr. GOOGLE. Kerana kau, aku dapat search maklumat. Ok kali ni serious tak ingat aku copy dari mana. Maaf ya tuan Blog :D


Masker lain, korang boleh TEKAN SINI 


Maseh mr GOOGLE & tuan blog yang saya copy & Princess Yanti. Dah buat semua tu dah. Gebuss kulit iolls


Sunday 1 June 2014

lip scrub tutorial

tutorial ni simple je. untuk lighten kan korang punya bibir. dan tutorial ni memerlukan 3 barang sahaja. jimat duit uolls kan? haa jimat, jimat juga. tapi kenalah juga beli barang. kahkahkah

ok. malas nak cakap banyak. budak classmate aku cakap (lelaki) "dahlah bibir kecik. ada hati nak pakai lipstik" "bibir kau kecik ah" "macam teddy bear" benci dengar. tapi orang yang ejek ni lah buat aku suka kat dia *muntah* k jom start!


Anda perlukan........

3 benda ni je. simple gila. 

first step :
pakai lipbalm kegemaran atau boleh pakai vaseline intensive care sebagai lipbalm untuk melembapkan bibir 

second step :
ambil spatula kecil, cedok vaseline intensive care dalam bekas kecik dan letak gula diatas vaseline tadi (boleh didapati di dalam travel box, mr diy ada jual) 

third step : 
gaulkan, sapukan kat bibir. biarkan selama 20 saat/5 minit (saya ambil 5 saat. ikut masa)

fourth step :
ambil tisu, lap. hati-hati bila lap. nanti bersepah gula tu kenalah sapu. lepastu basuh dengan air kalau nak. sebab saya tak selesa dgn vaseline ni. lekit-lekit (kesan gula pun ada)

final step :
pakai lipbalm & amalkan step-step ni 2 kali seminggu tau!

PS!!!
Kalau korang MALAS sangat nak buat scrub ni sendiri, boleh beli di instashop online kat instagram. Tapi aku ni jenis yang MALAS nak keluarkan DUIT untuk beli lipscrub online, aku buat sendiri je. Jimat sikit. Takde kena bayar 5 ringgit walaupun vaseline tu maha sikitl ;)

Saturday 24 May 2014

TIPS! : travel makeup bag + makeup + outfits + hair = (Y) VACATION !!!!

cuti sekolah nanti aku pergi cameron, genting & fraser hill. sejuk bhaii :p *mcm boleh pergi ke tarikh tu* ok, sini aku nak share pasal vacation. tak kira la kat mane pon, tapi aku cerita pasal kat malaysia je loh.. luar negara tak pernah pegi T_T tapi aku banggaaa sangaattttt sangatttttt (PROUD TO BE A MALAYSIAN) jalan2 pon kat malaysia. ada yg xpernah pegi. 

bukan tu cerita aku pada epidsode hari ini. 


1. travel makeup bag 

-pastikan korang bawak pouch kecik. 
-pastikan korang bawak YANG PENTING sahaja. yg tak penting tinggalkan 
cth:foundation, concealer, powder, lipbalm, pencuci muka, makeup remover n lain2.
-bawa setiap barang SATU. jgn bawa foundation 2. kecuali lah concealer. 1 untuk kemaskan kening n satu lagi utk tutup cela..

2. makeup
-pastikan yang simple-simple je. kalau aku, tak pakai eyeshadow bagai pun takpe. tapi eyeliner WAJIB aku pakai hohoho :p (yang jenis waterproof)

3. hair
-ni pun nak share gak. bagi yg bertudung, lilit2 biasa je. asalkan tutup AURAT ok?
- pantai : 


-tempat sejuk (cameron) : 
 mcm aku. biasa dah buat rambut mcm ni. bukan pendek, ikut rambut biasa. tak ikat, xletak sepit xletak apa2.

 ni 100 kali cantik

 braid!!!!! snowcap 

  ni pun cantiks. very cun! hehe
 buat rambut korang mcm ni cantik! dengan snow cap lg cantik woiii
ni semua tema winter. 
4. outfits 
-kalau pergi pantai, baju warna biru cair sesuai sgt!
-sejuk: 


 


EXTRA TIPS!!! 
bawa syampu/perapi kalau tinggal hotel/chellet 2H1M. sebab aku tak berapa nak sure sgt pasal hotel punya syampu. rambut aku lain baunya. kekeke tapi ni ikut korg la ye? aku bawak sekali minyak rambut, sepit, getah, & hair tonic. tq.

Saturday 17 May 2014

perfect selfie

speaking day! *buat sendiri ke cik diana oi?* haha sokayy, please translate kalau tak faham. cause i pun main hentam je. broken english ;)

perfect selfie?


model i cantik niari. selfie kat rumah then whatsapp kat i gambar ni. sukarela jadi model i untuk post perfect selfie. maklumlah, ratu selfie. 

sumber google. 


we call it perfect selfie 




  • praktis pegang phone/camera dengan baik. 
-kalau tak praktis, bila anda selfie akan goyang. so gambar tu akan jadi blur. try buat sebelum ambil gambar/tengah boring. 
  • muka jangan terlalu berminyak 
-kalau muka korang berminyak, ianya akan membuat muka anda berkilat. saya pun pernah kena. kat hidung grr geram sey. semua tanya kenapa hidung berkilat. so korang kena pakai face primer & powder. benda ni sgt penting. lepas pakai primer nak pakai foundation pakailah. asalkan pakai primer, powder & kertas minyak. clean & clear ada keluarkan produk ni. oil control yaa
  • celakkan mata & kening anda
  • pakai lipstik/lipbalm. 
-pakai lipbalm first! then pakai lipstik korg. magic lipstik ke, pink ke, red. lantak engkorang lah. asalkan pakai ye dokk?
  • pastikan rambut/tudung anda dalam keadaan yang kemas.
  • find the light
-takde sape nak tengok gambar korang dalam gelap. cari matahari/lampu. 
  • extend your arm out
  • ambil beberapa gambar latihan 
-practise makes perfect!! try lah 3 gambar dulu. agak dah pro, ke step bawah.
  • senyum
-kalau selfie, senyum jangan terlalu awkward. senyum je mcm biasa. 
  • buat muka. NO MORE DUCKFACES :p
nak buat duckfaces ke hape, buatlah. ni taknak ikut pon takpe gak
  • try pose mcm pro
- amik monopod, pose lah korg dgn teddy bear ke hadiah ke ape, pose lah mcm mane pon. boleh cari inspirasi di google. type "model pro poses" atau pro poses atau ape saja.


ini jelah. harap menjadi :)

Thursday 1 May 2014

#diantips whiten ur skin (cerahkan wajah anda)

amboi cik diana. title post ni mcm buat iklan kat tv je. pastu tetiba hashtag #diantips (mcm ada org nk buat hashtag ni O_O) 

k. balik kepada tajuk. sebenarnya, aku tak tau mana nak start. tapi akan ku start skrg. sebenarnya kulit muka dian warna putih-putih mcm tu la. tapi, selalu libatkan diri dgn aktiviti outdoor. kawad lah, apa lah. sampai kawan tegur. kulit dah gelap. macam lah kulit muka kau tu putih sangat?  tau tak sakit hati bila ada org ckp mcm ni. balik rumah. ape lg. lari terus capai pencuci muka. 

lepas cuci muka, lap guna tuala bersih. WHAT?!! putih je kulit!! tapi betul lah jugak. kulit aku ni takleh kena matahari sgt. SUNBURN. kena je muka merah. tambah-tambah lagi kulit gelap.


so aku mau bebel. nak share tips ni je. insyaallah berkesan! ^____^

1. guna pencuci muka yg boleh memutihkan kulit muka
-mcm dian, pakai fair & lovely. guna safi balqis/safi pun boleh. lain-lain tak tau la. kot ada tapi dian tak tau

2. guna krim pemutih
-safi balqis pun ada. fair & lovely pun ada. safi pun ada. 

3. masker 
-boleh guna nivea/garnier. rasanya pencuci muka garnier pun boleh jgk putihkan muka. *xnah try:p

4. bedak sejuk
-bedak sejuk thanaka!!!!!!!

5. lemon scrub
-lemon + gula = lemon scrub. lemon mmg terkenal dgn memutihkan segalanya. gula mcm moisturizer

6. beras+air
amik beras sikit je pun..kalau boleh blen guna blender la..bg die kecik sikit/korg boleh tumbuk die gune ape je yg boleh tumbuk beras tu..lps tu mix dgn air. sapu kat muka. boleh ckp Rice Scrub la

Extra Tips! Korang boleh guna BB/CC cream yg jenis boleh putihkan kulit dlm sekali gus! Jenama NuTeen, Garnier ada. So, insyaallah korang akan nampak kesan dalam masa 2 minggu. :)

Sunday 27 April 2014

get ready to that BIG event!

hi ada event? formal event? wedding? dinner? mesti korang nak nampak cantik. kan?!!! jom kita mulakan rutin seminggu sebelum event tu! (hari sabtu tu event korang. atau boleh buat rutin ni bila je korang nak~)



  • Isnin-baiki kulit anda!
- hilangkan jerawat, whiteheads, blackheads & apa saja yg boleh hilangkan

  • Selasa-putihkan kulit anda
-sekiranya anda selalu melibatkan diri dlm aktiviti outdoor, putihkan/cerahkan kulit anda.
-anda boleh menggunakan cleanser yg boleh memutihkan kulit anda
-scrub yg boleh memutihkan kulit anda juga
-masker pun boleh
-krim pun boleh. asalkan sesuai dgn kulit/wajah anda
-dgn cara lemon scrub + gula. 
-beras + air kemudian sapukan di muka (ini juga dipanggil sebagai scrub)

  • Rabu-lembabkan kulit anda! (moisture your skin!)
-dgn menggunakan moisturizer kegemaran anda, sapu di muka
-dgn menggunakan lipbalm, ia dpt membantu bibir anda lembut+tidak merkah. boleh gunakan lipscrub. (akan ada tutorial di next post!)
  • Khamis-kulit berminyak? 
-guna telur putih/korg boleh beli online. egg whites dlm botol pen. tak payah nak pecahkan telur bagai! sapu je di seluruh muka
-guna peeling mask!
  • Jumaat-putihkan gigi anda+cuba mekap yg baru utk pakai pada hari esok!
-gunalah pemutih gigi apa. ubat gigi yg 
-"optic white" tu pun boleh. yg ada iklan Fazura yg cantik tu!!! cantiknya diaaaaaa kat iklan tuuuu!!!!!
-cari mana-mana majalah & cuba mekap yg ada dlm majalah tu. saya biasa cari kat majalah-majalah sesuai dgn umur :D

  • Sabtu-harinya!
-good luck!
-all the best!

maaf sekiranya BM saya tak betul. saya hanya ingin membantu semua org. tp kemudiannya mungkin ada cerita sikit. even takde org komen. at least dorg baca :) syukurlah.. alhamdulillah... 



Wednesday 2 April 2014

Cara hilangkan whitehead & blackhead

banyak sangat cara nak hilangkan whitehead & blackhead. cuma kita je tak tau. 

antaranya, telur putih, mask, nose strip (apa kebenda tah ejaannya)

ok. ni antaranya. kalau nampak bintik-bintik di hidung. 

ok. terussss hilangkan ok! kalau aku mcm ni, nak nanges aku! *ps:credit di google*

guna lah nose strip jenama biore. tapi cara jimat...

ambil telur putih, kapas dan letakkan di seluruh muka...sampai benda tu kering 






TATATATATATATATA!!










Tuesday 11 March 2014

Selamat hari lahir

Terfikir nak buat kad ucapan selamat hari lahir kat best friend aku. 

Dah siap! ^_^ ikut warna tema yang dia suka lagi! Kuning + biru.

Bawah sekali tu, aku tanda tangan, letak nama aku. Tulis "from," 

Aku nak tulis "from your best friend," 

Aku tertanya-tanya, dia anggap aku ni best friend dia ke?

Siapa tahu? Dia pernah bagitahu aku, dia anggap aku macam best friend dia.

Tapi aku tetap tulis "from," biarlah, lantaklah, tak tulis best friend pun.

Dan aku buat koma "," untuk kawan-kawan yang lain tanda tangan. Buat kenangan lah katakan.

Aku tertanya lagi.

Nak ke kawan-kawan aku yang lain tanda tangan? Yalah, buruk, simple sangat. Siapa pun nak tanda? Tulisan buruk+kecil.

Aku punya tulisan kecil sebab aku tak kuat nak tulis bagi NORMAL. Small! Cikgu tuition aku pun tegur, tulisan kecil. Aku cuba. Tapi tak boleh. Aku guna pensel 2B dan terus menulis tanpa putus asa. "Tulisan kecil tak apa, asalkan jelas" kata cikgu tuition aku. Tapi, tulisan aku jelas apa. 

Tulisan aku kecil + buruk + tulisan sepergi italic. Senget benget. Nak bagi cantik + kemas. 

Ok, berbalik pada tajuk.

Malam ini juga, aku tulis puisi (kira puisi lah ni. Tapi nada tidak seperti puisi langsung!) ini di blog aku juga. 

Aku cuma nak ucapkan selamat hari lahir. Maaf jika ada salah & silap aku kepada kau, 
Kaulah kawan terbaik bagi aku.

Terimaaaaaaaaaa kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Sebab kau dah banyak tolong aku, ajar aku, banyak lagilah! 

--Selamat hari lahir sahabat.

Tuesday 4 March 2014

Tips: musim jerebu

Kalau jerebu je, saya sakit tekak. So, ni beberapa tips (tak banyak sgt) nak share! ^_^


  • minum air banyak 
  • sentiasa basuh muka anda dengan air bersih
  • kurangkan aktiviti di luar
  • pakai topeng kalau berada di luar 

Jerebu akan menyebabkan:-

  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Lelah dan asma
  4. Masalah pernafasan
  5. Mata merah dan berair
  6. Gatal-gatal
copy. Ok, take care followers :)

Sunday 2 March 2014

MARCH'S NEW HAULS : Syampoo by Safi!

Sebenarnya saya pakai Sunsilk. Tapi bila mak belikan syampoo dari Safi ni, terasa nak cuba. 


Kelebihan syampu ini :

Lembut. Mudah Diurus.

Bau yang wangi

Atasi rambut kusut dan sukar diurus dengan Syampu Bio-Nutrix SAFI Lidah Buaya. Ekstrak semula jadi Lidah Buaya dan Mentol bukan sahaja meninggalkan rasa dingin dan nyaman pada kulit kepala sepanjang hari, malah membantu melembut serta mengekalkan kelembapan rambut.
Kini rambut lebih lembut dan mudah diurus
copy paste from WEBSITE SAFI 


Dia ada dua model. Yang ni tak tau apa namanya + tak kenal. Sorang lagi.. Siapa tak kenal?
NEELOFA yang CANTIK :D
Btw, tq mama dah belikan ni. Walaupun tak pakai produk syampu dari Safi, tapi untuk melembutkan rambut, apa saja!! Asalkan dapat pakai.. Saya pakai ni jarang-jarang hari. EH? Heheheehe. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini! ^_^ hello march! bye february! see ya next time insyaallah :)

Saturday 15 February 2014

Cara Mencegah Jerawat

Siapa suka jerawat? Ada? Angkat kening sat! Siapa ataupun mana-mana remaja tidak sukakan jerawat. Jadi, inilah cara nak cegah jerawat. Cepat ikut tips ni, insyaallah tak ada jerawat dah. 
Jangan cakap saya share tentang ni saya tak ada jerawat. Ya, saya ada jerawat juga. Di pipi, dagu, kening, & hidung (bahagian T-Zone). Kiranya, semua muka ada. Tapi dah nak hilang dah! ^__^

Tips-tips cegah jerawat :
  1. Jangan makan kacang. Kalau sekali/termakan tak apa lah kot? Sebab saya tak suka kacang. Kalau makan macam kerepek ada kacang tu saya buang atau bagi sesiapa yang suka kacang. 
  2. Jangan fikir banyak. Ya, hal ini mungkin disebabkan sekolah, kerja, & masalah-masalah tertentu. Cara benda-benda yang senang cth: bercuti, dengar lagu, balik kampung. Insyaallah berkesan! ^__^
  3. Minum air masak banyak. 
  4. Sentiasa cuci muka pagi (lepas bangun tidur), tengahari, petang, & malam
Itu sahaja. Senang kan? Simple sangggggggggggat! ^________^ 

Thursday 30 January 2014

Cara Hilangkan Eyebag

Hai semua, Assalammualaikum. Harini, nak share tentang eyebag. 
Apa itu EYEBAG?!
Eye bags atau dalam bahasa ibunda kita lingkaran hitam bawah mata.

Semua orang ada.
Kecuali bayi.

Untuk pengetahuan korang, ada beberapa punca kenapa eyebag terjadi. Antaranya :
  • alahan
  • seorang perokok
  • tidur lambat
  • tidak tidur beberapa hari disebabkan kerja
  • pelajar yang buat kerja rumah dengan komputer/komputer riba
  • selari dengan umur anda yang makin meningkat

 ni lah eyebag. Terang-terang bawah mata.


Cara-cara untuk menghilangkannya :

1. Senang sangat. Tidur secukupnya. (8 jam/6jam) 

Ada ke yang tidur waktu tengah study? Pelajar selalu buat ni. Demi dapat 5A, 8/9A dan A dalam semua mata pelajaran. Kalau sesiapa pernah tidur macam ni, percayalah. Anda sangatt rajin! Kalau buat-buat tu err no komen!

2. Sebelum tidur gunakan timun. Tapi potong petang lah macam pukul 4 petang ke, potong timun lepas tu masuk peti sejuk. Barulah fresh! 
Biarkan selama 15-20 minit. Kalau nak pakai masker pun boleh. 

3. Tea bag
 biarkan selama 15-20 minit. Lepas tu basuh muka.

4. "Frozen Spoon"

Cara nak sediakan "FROZEN" spoon ni senang je. Sediakan 2 sudu, simpan didalam peti ais yang korang simpan air. Bukan kat tempat beku tu. Cara lebih cepat, sediakan ais (ice cube) dalam bekas kosong, taruk la 4/8 ais kemudian letak sudu sekali dalam bekas tu. (bekas kosong+ais+2 sudu=cepat sejuk)
Buat macam ni

 
buat sampai sejuk sudu tu hilang.

5. Eye mask 
Ni cara lebih cepat. Terdapat di watson (agaknya) sebab baru nak carik. Nak tidur letak kat bawah mata. Esok pagi bangun dah tak ada. MAGIC! *betul, bukan rekaan*

6. Eye cream 
Korang boleh la pakai eyecream. Tapi saya tak pernah pakai. Sekarang ni cari eye mask dari eye cream. Korang boleh guna eye cream dari simplysiti. *tak jumpa gambar. Sorry!! 

Insyaallah, mata korang akan perfect macam ni.. Dengan janji minum air masak 8 gelas sehari! *ceh, macam kita minum 8 gelas sehari :(
Kadang-kadang tak dapat result macam ni. Mungkin ada lagi. Kalau nampak sesiapa takde eyebag tu tipulah. Kalau kita pun ada eyebag. Dia mesti ada eyebag. Tak kira umur kita 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14 dan seterusnyaa.. Mesti ada eyebag. Kecuali BAYI! Kalau nampak sesiapa takde eyebag (dewasa) mungkin dorang pakai CONCEALER. Concealer dapat menutup kesan cela seperti eyebag, parut jerawat dan juga dapat highlit korang punya hidung (sorry kalau salah eja. Saya bab concealer ni fail sikit. Budak baru belajar lah katakan!)



Itu saja perkongsian saya pada hari ini. Harap dapat membantu anda untuk menghilangkan eyebag/lingkaran mata hitam/dark circles/mata panda. Banyak betul nickname dia!! 

Good night, Bye, Assalammualaikum.


--Gong Xi Fa Chai!!! :)