Soalan : Kenapa tak boleh pakai bulu mata tebal?
Jawapan : Sebab kita nak nampak segar di pagi hari. Mungkin hanya cukup pakai maskara sahaja. Tak perlukan bulu mata palsu pun ok. Kalau nak pakai bulu mata palsu, cari tutorial lain di blog ni.
Soalan : Warna baju apa yang sesuai dengan mekap ni?
Jawapan : Semua warna baju raya sesuai. Terutama sekali warna putih. Contohnya, korang merancang tema baju raya pada tahun ini warna Merah, boleh sahaja gunakan mekap ni. Cuma warna lipstik sahaja perlu tukar! Sesuai sangat dengan baju tema warna apa pun. Termasuklah turqoise, hitam & emas!
Soalan : Boleh pakai concealer atau foundation tak?
Jawapan : Boleh! Tetapi jika saya, saya lebih suka memakai yang nipis. Bila saya pakai foundation + concealer, saya dapat rasakan muka saya berat sedikit. Disebabkan muka saya tiada masalah seperti jerawat penuh, saya lebih suka memakai compact powder!
Soalan : Boleh ke saya pakai compact powder dan concealer sahaja?
Jawapan : Boleh. Tetapi jika awak memakai concealer & compact powder sahaja, mungkin akan menampakkan warna kulit tidak sekata. Saya sarankan awak memakai foundation sekali!
No comments:
Post a Comment