Hi, harini tetiba rajin nak update blog. Ni ikut tips yang aku selalu gunalah. Sebab tahun lepas aku nak rambut panjang sebelum raya, tapi panjangnya atas bahu aja. Ngapain? Ceh, cakap indonesia pula aku ni. Hehe takpe kan belajar bahasa-bahasa lain? So jom mulakan misi untuk panjangkan rambut anda anda anda.
1. Trim rambut
- Untuk permulaan, trim rambut. Cakap je kat hairdresser tu, nak potong trim 1 inch. 1 inch je tau, jangan lebih. Kalau lebih dari 1 inch, mungkin lambat sikit nak panjang. Tak tau la, sebab selalunya aku potong 1 inch je. Lakukan trim rambut sebulan 2/3 kali. Tapi aku sekali je. Jimat duit. Or korang pun boleh potong sendiri. Search youtube "How To Trim Hair" takpun search google cara nak trim rambut. Lagi jimat weh!
2. Basuh rambut selang sehari
- Guna syampu & perapi yang sama tau. Kalau korang guna syampu tu asyik gugur je rambut, tukar syampu or rambut akan botak.
3. Jangan basuh rambut waktu pagi. Malam sahaja
4. Bagi yang bertudung, jangan pakai tudung semasa rambut basah.
5. Sikat perlu guna sikat yang bergigi jarang.
- Aku buang semua sikat yang gigi dia banyak tu. Takpun aku buat dok nyanyi. Berlagak toilet singer katakan. Maaf. Wajib guna sikat bergigi jarang ok?
6. Gunakan pengering rambut, hair starightner atau apa sahaja setiap hari. Gunakan waktu masa yang penting sahaja
- Eh, starightner tu betul ke eja? Lantak. Iron rambut tu k. Bukan iron baju tu.
7. Kalau ada masa, picit-picit kulit kepala korang
- Aku selalu buat masa tengah basuh rambut guna perapi lepas tu picit-picit. Korang nak buat waktu berangan ke sebelum tidur ke, ikutlah. Aku takleh buat waktu tu. Sebab nanti rambut aku keluar kelemumur.
8. Manjakan rambut anda
- Ada masa dok menghadap laptop tu, amik sikit bergigi jarang then sikat la berapa minit.
9. Jangan ikat rambut terlalu ketat
- Paling penting. Kalau tak rambut kita rosak.
Ni jela tips aku harini, semoga berkesan. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Can't wait. Nanti aku nak bercerita ngan korg! :D
No comments:
Post a Comment