Sunday, 22 June 2014

But first, let me take a selfie. MONOPOD -

Happy na cik diana dapat monopod. Beli kat cameron highlands. Haritu terjumpa kat mana tah, harga mahal gilaa, RM49 ringgit. Hm, no diskaun.

Lepas tu pergi pasar malam, harga sebenar, RM40. Aku mintak murah, dapat RM30. Alhamdulillah. 

Tapi remote dia tu RM50 takboleh diskaun sedih gak. Aku set timer je. So kakak sedara aku pun sama. Takde shuttler (nama remote dia) 


Waktu tu ada 3 warna, hitam, pink-merah, hijau-turqoise. Aku amik hitam. 


Kalau korg ada monopod tapi tak tau nak guna, boleh TEKAN SINI 


Tips rambut panjang!!

Hi, harini tetiba rajin nak update blog. Ni ikut tips yang aku selalu gunalah. Sebab tahun lepas aku nak rambut panjang sebelum raya, tapi panjangnya atas bahu aja. Ngapain? Ceh, cakap indonesia pula aku ni. Hehe takpe kan belajar bahasa-bahasa lain? So jom mulakan misi untuk panjangkan rambut anda anda anda.

1. Trim rambut 
- Untuk permulaan, trim rambut. Cakap je kat hairdresser tu, nak potong trim 1 inch. 1 inch je tau, jangan lebih. Kalau lebih dari 1 inch, mungkin lambat sikit nak panjang. Tak tau la, sebab selalunya aku potong 1 inch je. Lakukan trim rambut sebulan 2/3 kali. Tapi aku sekali je. Jimat duit. Or korang pun boleh potong sendiri. Search youtube "How To Trim Hair" takpun search google cara nak trim rambut. Lagi jimat weh!

2. Basuh rambut selang sehari
- Guna syampu & perapi yang sama tau. Kalau korang guna syampu tu asyik gugur je rambut, tukar syampu or rambut akan botak.

3. Jangan basuh rambut waktu pagi. Malam sahaja

4. Bagi yang bertudung, jangan pakai tudung semasa rambut basah.

5. Sikat perlu guna sikat yang bergigi jarang.
- Aku buang semua sikat yang gigi dia banyak tu. Takpun aku buat dok nyanyi. Berlagak toilet singer katakan. Maaf. Wajib guna sikat bergigi jarang ok? 

6. Gunakan pengering rambut, hair starightner atau apa sahaja setiap hari. Gunakan waktu masa yang penting sahaja
- Eh, starightner tu betul ke eja? Lantak. Iron rambut tu k. Bukan iron baju tu. 

7. Kalau ada masa, picit-picit kulit kepala korang
- Aku selalu buat masa tengah basuh rambut guna perapi lepas tu picit-picit. Korang nak buat waktu berangan ke sebelum tidur ke, ikutlah. Aku takleh buat waktu tu. Sebab nanti rambut aku keluar kelemumur. 

8. Manjakan rambut anda 
- Ada masa dok menghadap laptop tu, amik sikit bergigi jarang then sikat la berapa minit. 

9. Jangan ikat rambut terlalu ketat
- Paling penting. Kalau tak rambut kita rosak. 

Ni jela tips aku harini, semoga berkesan. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Can't wait. Nanti aku nak bercerita ngan korg! :D




Tuesday, 3 June 2014

NEW HAUL (JUNE) ^______^!!!!!!!!!!!!!!!

Hello, June. Please be nice to me. 

Dengan bismillah aku ceraikan Mei dengan 31 hari & aku nikahkan Jun dengan 30 hari. Semoga bahagia & ceria selalu. Takmo sedih-sedih ok. SMILE. It's sunnah :)

^
|
|
|
|
| harap maaf, saya tak reti baca. Ni tok kadi bolehla -> "aku terima nikahnya ________ dengan mas kahwin ___________ dibayar tunai." "Sah?"

Cakap pasal nikah, sepupu aku nak nikah Jumaat ni. Kenduri Sabtu. So, tadi aku lari pecut ke Watson. Sebab sepupu nak kahwin punya pasal, aku sanggup try mekap. Even bukan aku yg kahwin. =.=' 

Aku beli BLACKHEADS REMOVER & concealer. 



First time ada concealer..







Apa pun, tahniahlah, sepupu. Nak jadi isteri orang!^___^ semoga bahagia selalu sepupu. Thanks bagi baju & lain-lain free. Hargai sangat. Lagila awak belanja makan eskem. Sayang awakk :**

DIY Masker

Hi, bloggers. Happy holiday! Eh, mentang-mentang holiday, online pula cik Dian ni. Selalu busy memanjang! Amboi, marah kau. Aku tolong mak jah, jiran kau tu nak kahwin dah dia. Alhamdulillah. *lawak hambar memalam cenggini*

Ok, takmau cakap banyaklah. Lawak hambar dah habis ok. Harini cuma nak share masker.

Apa itu DIY?
= DIY ialah Do It Yourself 


Leklu leklu, aku pun taktau apa maksud DIY mula-mula. Lepas dah tau, bukan main berlagak spikim mat salleh kau. 

Kalau diikutkan last post aku yang baru upload semalam atau dua hari lepas, aku ada update "lip scrub tutorial" sebenarnya, tu pun DIY jugak. Aku ada cakap yang aku ni jenis suka berjimat. Malas nak keluarkan duit kecuali ada orang belanja aku bayar tapi aku punya barang. Disebabkan "kemalasan" aku tu, aku search kat google DIY masker. Banyak gila. Tapi, aku search omputih punya lah. Banyak produk yang tak jual di Malaysia & ada yang aku tak tahu mana nak beli. Macam cocoa powder. Tapi, cocoa powder takde kena mengena dalam tutorial harini. 

Korang ambil limau nipis + tepung, gaulkan. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Biar la berapa jam. Aku 3 minit je. Maleh nak tunggu 3 jam. Nak tantik cepat! T_T

Aku pun............ Taklah pro sangat. Ni pun hasil bantuan mr. GOOGLE tu. Masehhh, mr. GOOGLE. Kerana kau, aku dapat search maklumat. Ok kali ni serious tak ingat aku copy dari mana. Maaf ya tuan Blog :D


Masker lain, korang boleh TEKAN SINI 


Maseh mr GOOGLE & tuan blog yang saya copy & Princess Yanti. Dah buat semua tu dah. Gebuss kulit iolls


Sunday, 1 June 2014

lip scrub tutorial

tutorial ni simple je. untuk lighten kan korang punya bibir. dan tutorial ni memerlukan 3 barang sahaja. jimat duit uolls kan? haa jimat, jimat juga. tapi kenalah juga beli barang. kahkahkah

ok. malas nak cakap banyak. budak classmate aku cakap (lelaki) "dahlah bibir kecik. ada hati nak pakai lipstik" "bibir kau kecik ah" "macam teddy bear" benci dengar. tapi orang yang ejek ni lah buat aku suka kat dia *muntah* k jom start!


Anda perlukan........

3 benda ni je. simple gila. 

first step :
pakai lipbalm kegemaran atau boleh pakai vaseline intensive care sebagai lipbalm untuk melembapkan bibir 

second step :
ambil spatula kecil, cedok vaseline intensive care dalam bekas kecik dan letak gula diatas vaseline tadi (boleh didapati di dalam travel box, mr diy ada jual) 

third step : 
gaulkan, sapukan kat bibir. biarkan selama 20 saat/5 minit (saya ambil 5 saat. ikut masa)

fourth step :
ambil tisu, lap. hati-hati bila lap. nanti bersepah gula tu kenalah sapu. lepastu basuh dengan air kalau nak. sebab saya tak selesa dgn vaseline ni. lekit-lekit (kesan gula pun ada)

final step :
pakai lipbalm & amalkan step-step ni 2 kali seminggu tau!

PS!!!
Kalau korang MALAS sangat nak buat scrub ni sendiri, boleh beli di instashop online kat instagram. Tapi aku ni jenis yang MALAS nak keluarkan DUIT untuk beli lipscrub online, aku buat sendiri je. Jimat sikit. Takde kena bayar 5 ringgit walaupun vaseline tu maha sikitl ;)