Thursday, 24 July 2014

Persiapan raya diana 2014

salam 27 ramadhan. sementara susun baju nak balik kampung, sambil ngadap laptop untuk bagi tips.

actlly, dian ada beli banyak la jugak barang persiapan raya. ingat kot balik kampung hari sabtu. at last jumaat. susun baju tak teratur. nasib barang beli awal-awal. kuih raya pun dah siap. siap beli. ada 3 jenis kuih raya. tak byk. sbb yg datang beraya kawan rapat je. yg lain terus bg duit raya jela. hehe. baju raya pun dua pasang je.

dian pegi watson. beli 5/6 kali la jugak. banyak sgt barang nak beli. so, terpaksa ulang-alik dari semalam ke harini dari pagi ke petang ke malam. agak memenatkan, kan? 

dian ni pelik sikit, tak sikit banyak. dian pegi jusco beli barang-barang ni :

  • Silkygirl Gel Liner (01 black)
  • Essence Lip Liner (nude colour) 
  • Maybeline Baby Lips Lipbalm
  • Peel-of-mask- Nivea
  • C&C Oil Control
  • Thanaka
  • C&C Cleanser Watery Light
  • Nexcare - Acne Treatment
  • Silkygirl Mascara Big Eyes with Serum
  • Eye collagen
  • Lip Tint Obbouse (colour in 10)
see yaa!

Saturday, 12 July 2014

RAMADHAN REVIEW : Natural whitening thanaka

Thanaka ni terkenal kat Myanmar. Lepas tu, Nora Danish pakai dan jual kat insta dia, semua mula minat. Ye la, siapa tak nak cantik mcm Nora? Cerita sikit?

Tapi dian beli just suka-suka. Persediaan awal sebelum raya.

Maap lee, tak nyempat amik gambor thanaka ni. Nak amik kat google pun tak menyempat haa. 

Korang boleh search google, ye?

Malam tadi dian pakai. Best gila. Bau wangi. Ye la, kalau busuk sape je nak pakai?

Tapi kadang-kadang nak cantik punya pasal, busuk pun busuh lah.

Ada ke org mcm tu? Hm

Tapi yang dian guna ni, lain dengan Nora Danish punya. Dia punya Tate'. Kita punya Thanaka. Tapi, sama je. Cuma keluaran je lain.


101 fungsi dan kebaikan antaranya ialah

✔melicinkan kulit muka

✔memberi kesegaran pada kulit

✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit

✔menanggalkan sel kulit mati

✔ia membantu sejukkan kulit

✔membersih & menengang wajah

✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih

✔ Sesuai untuk semua lapisan umur

✔ Menghilangkan ruam-ruam badan

✔ Boleh digunakan dimuka dan badan

✔ Menghilangkan gatal-gatal badan

✔ Mengecutkan jerawat

✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.

✔ Hilangkan jeragat

✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka

✔ Pelindung cahaya matahari

✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation


Bedak Tanaka mempunyai 4 jenis haruman :-

- rose(warna pink)

-jasmine(putih)

-krim(original)

-hijau(limau)


Dian sanggup potong jari cakap Thanaka ni best pakai! Orang cakap "pakai ni rasa pedih kat tempat yang kita sapu tu. Lagi la yang berjerawat tu. Ish, pedih"

Ye ke? Kulit dian ok je. Tak pedih sbb kulit dian pun berjerawat. Tapi pedih tu ye la. Sikit. Rasa mcm nak darah hidung tapi tak. Rasa pedih dia tu 2/3 saat je. Lepas tu hilang. Dan, rasa pedih dia tu tak kuat. Tak rasa sangat.

Cara pemakaian : 

-untuk dijadikan foundation : ratakan Thanaka dengan tangan atau span
-untuk dijadikan bedak sejuk : ratakan Thanaka dengan tangan lepastu sapu air kat muka. Jangan basuh terus, tau?

Komen dian?
Jerawat makin pudar, parut ada yang hilang, kulit licin, blackheads kurang.

Thanks THANAKA! LOVE U! :*

Wednesday, 9 July 2014

contoh gambar rujukan fresh eid look makeup tutorial

Tak tahu apa maksud WATERLINE? 

 Sudut dalam mata tu mcm mana?????

soalan bg fresh eid look makeup tutorial

ni bg semua soalan di SINI!

Soalan :    Kenapa tak boleh pakai bulu mata tebal?
Jawapan : Sebab kita nak nampak segar di pagi hari. Mungkin hanya cukup                    pakai maskara sahaja. Tak perlukan bulu mata palsu pun ok. Kalau                nak pakai bulu mata palsu, cari tutorial lain di blog ni.

Soalan :    Warna baju apa yang sesuai dengan mekap ni?
Jawapan : Semua warna baju raya sesuai. Terutama sekali warna putih.                        Contohnya, korang merancang tema baju raya pada tahun ini warna                Merah, boleh sahaja gunakan mekap ni. Cuma warna lipstik sahaja                perlu tukar! Sesuai sangat dengan baju tema warna apa pun.                        Termasuklah turqoise, hitam & emas!

Soalan :   Boleh pakai concealer atau foundation tak?
Jawapan : Boleh! Tetapi jika saya, saya lebih suka memakai yang nipis. Bila                  saya pakai foundation + concealer, saya dapat rasakan muka saya                  berat sedikit. Disebabkan muka saya tiada masalah seperti jerawat                penuh, saya lebih suka memakai compact powder!
Soalan :   Boleh ke saya pakai compact powder dan concealer sahaja?
Jawapan : Boleh. Tetapi jika awak memakai concealer & compact powder                        sahaja, mungkin akan menampakkan warna kulit tidak sekata. Saya                sarankan awak memakai foundation sekali!

fresh eid look makeup tutorial

bahan-bahan :
  • compact foundation powder 
  • maskara hitam
  • eyeliner hitam (gel, liquid, pencil)
  • pencil liner putih
  • blusher (pink, orange)
  • eyeshadow putih
  • brow powder
  • lipbalm
  • lipstik
  • eyecream

langkah-langkah :

  1. pastikan muka korang dah dicuci menggunakan pencuci
  2. diikuti serum, toner, moisturizer, eyecream dan cream kecantikkan
  3. guna compact powder berasaskan foundation, yang boleh menutup ketidak kesempurnaan di muka. cth: pixy, silkygirl
  4. lukis kening anda. boleh guna pencil brow atau brow powder atau brow gel. pastikan warnanya tak gelap sangat.
  5. pakai eyeshadow putih, cara sapuan sila rujuk gambar dibawah
  6. pakai pencil liner putih di waterline (bawah mata. rujuk di gambar bawah)
  7. pakai eyeliner hitam 
  8. diikuti dgn maskara hitam. nak pakai bulu mata palsu pun boleh. tp kena amik bulu mata palsu yg natural. jgn tebal.
  9. sebelum memulakan mekap lg kena pakai lipbalm. jd pakai libalm kalau blh 2 kali. sblm mulakan mekap & sebelum memakai lipstik. supaya lipstik boleh disapu dgn rata
  10. pakai blusher di tulang pipi warna jgn pekat sgt. nnt nmpk mcm lebam. yg natural je
  11. pakai lipstik warna pink/nude. cantik! :D
ada soalan? : SINI!
contoh gambar? : SINI!!!

Sunday, 22 June 2014

But first, let me take a selfie. MONOPOD -

Happy na cik diana dapat monopod. Beli kat cameron highlands. Haritu terjumpa kat mana tah, harga mahal gilaa, RM49 ringgit. Hm, no diskaun.

Lepas tu pergi pasar malam, harga sebenar, RM40. Aku mintak murah, dapat RM30. Alhamdulillah. 

Tapi remote dia tu RM50 takboleh diskaun sedih gak. Aku set timer je. So kakak sedara aku pun sama. Takde shuttler (nama remote dia) 


Waktu tu ada 3 warna, hitam, pink-merah, hijau-turqoise. Aku amik hitam. 


Kalau korg ada monopod tapi tak tau nak guna, boleh TEKAN SINI 


Tips rambut panjang!!

Hi, harini tetiba rajin nak update blog. Ni ikut tips yang aku selalu gunalah. Sebab tahun lepas aku nak rambut panjang sebelum raya, tapi panjangnya atas bahu aja. Ngapain? Ceh, cakap indonesia pula aku ni. Hehe takpe kan belajar bahasa-bahasa lain? So jom mulakan misi untuk panjangkan rambut anda anda anda.

1. Trim rambut 
- Untuk permulaan, trim rambut. Cakap je kat hairdresser tu, nak potong trim 1 inch. 1 inch je tau, jangan lebih. Kalau lebih dari 1 inch, mungkin lambat sikit nak panjang. Tak tau la, sebab selalunya aku potong 1 inch je. Lakukan trim rambut sebulan 2/3 kali. Tapi aku sekali je. Jimat duit. Or korang pun boleh potong sendiri. Search youtube "How To Trim Hair" takpun search google cara nak trim rambut. Lagi jimat weh!

2. Basuh rambut selang sehari
- Guna syampu & perapi yang sama tau. Kalau korang guna syampu tu asyik gugur je rambut, tukar syampu or rambut akan botak.

3. Jangan basuh rambut waktu pagi. Malam sahaja

4. Bagi yang bertudung, jangan pakai tudung semasa rambut basah.

5. Sikat perlu guna sikat yang bergigi jarang.
- Aku buang semua sikat yang gigi dia banyak tu. Takpun aku buat dok nyanyi. Berlagak toilet singer katakan. Maaf. Wajib guna sikat bergigi jarang ok? 

6. Gunakan pengering rambut, hair starightner atau apa sahaja setiap hari. Gunakan waktu masa yang penting sahaja
- Eh, starightner tu betul ke eja? Lantak. Iron rambut tu k. Bukan iron baju tu. 

7. Kalau ada masa, picit-picit kulit kepala korang
- Aku selalu buat masa tengah basuh rambut guna perapi lepas tu picit-picit. Korang nak buat waktu berangan ke sebelum tidur ke, ikutlah. Aku takleh buat waktu tu. Sebab nanti rambut aku keluar kelemumur. 

8. Manjakan rambut anda 
- Ada masa dok menghadap laptop tu, amik sikit bergigi jarang then sikat la berapa minit. 

9. Jangan ikat rambut terlalu ketat
- Paling penting. Kalau tak rambut kita rosak. 

Ni jela tips aku harini, semoga berkesan. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba.. Can't wait. Nanti aku nak bercerita ngan korg! :D