Saturday, 24 May 2014

TIPS! : travel makeup bag + makeup + outfits + hair = (Y) VACATION !!!!

cuti sekolah nanti aku pergi cameron, genting & fraser hill. sejuk bhaii :p *mcm boleh pergi ke tarikh tu* ok, sini aku nak share pasal vacation. tak kira la kat mane pon, tapi aku cerita pasal kat malaysia je loh.. luar negara tak pernah pegi T_T tapi aku banggaaa sangaattttt sangatttttt (PROUD TO BE A MALAYSIAN) jalan2 pon kat malaysia. ada yg xpernah pegi. 

bukan tu cerita aku pada epidsode hari ini. 


1. travel makeup bag 

-pastikan korang bawak pouch kecik. 
-pastikan korang bawak YANG PENTING sahaja. yg tak penting tinggalkan 
cth:foundation, concealer, powder, lipbalm, pencuci muka, makeup remover n lain2.
-bawa setiap barang SATU. jgn bawa foundation 2. kecuali lah concealer. 1 untuk kemaskan kening n satu lagi utk tutup cela..

2. makeup
-pastikan yang simple-simple je. kalau aku, tak pakai eyeshadow bagai pun takpe. tapi eyeliner WAJIB aku pakai hohoho :p (yang jenis waterproof)

3. hair
-ni pun nak share gak. bagi yg bertudung, lilit2 biasa je. asalkan tutup AURAT ok?
- pantai : 


-tempat sejuk (cameron) : 
 mcm aku. biasa dah buat rambut mcm ni. bukan pendek, ikut rambut biasa. tak ikat, xletak sepit xletak apa2.

 ni 100 kali cantik

 braid!!!!! snowcap 

  ni pun cantiks. very cun! hehe
 buat rambut korang mcm ni cantik! dengan snow cap lg cantik woiii
ni semua tema winter. 
4. outfits 
-kalau pergi pantai, baju warna biru cair sesuai sgt!
-sejuk: 


 


EXTRA TIPS!!! 
bawa syampu/perapi kalau tinggal hotel/chellet 2H1M. sebab aku tak berapa nak sure sgt pasal hotel punya syampu. rambut aku lain baunya. kekeke tapi ni ikut korg la ye? aku bawak sekali minyak rambut, sepit, getah, & hair tonic. tq.

Saturday, 17 May 2014

perfect selfie

speaking day! *buat sendiri ke cik diana oi?* haha sokayy, please translate kalau tak faham. cause i pun main hentam je. broken english ;)

perfect selfie?


model i cantik niari. selfie kat rumah then whatsapp kat i gambar ni. sukarela jadi model i untuk post perfect selfie. maklumlah, ratu selfie. 

sumber google. 


we call it perfect selfie 




  • praktis pegang phone/camera dengan baik. 
-kalau tak praktis, bila anda selfie akan goyang. so gambar tu akan jadi blur. try buat sebelum ambil gambar/tengah boring. 
  • muka jangan terlalu berminyak 
-kalau muka korang berminyak, ianya akan membuat muka anda berkilat. saya pun pernah kena. kat hidung grr geram sey. semua tanya kenapa hidung berkilat. so korang kena pakai face primer & powder. benda ni sgt penting. lepas pakai primer nak pakai foundation pakailah. asalkan pakai primer, powder & kertas minyak. clean & clear ada keluarkan produk ni. oil control yaa
  • celakkan mata & kening anda
  • pakai lipstik/lipbalm. 
-pakai lipbalm first! then pakai lipstik korg. magic lipstik ke, pink ke, red. lantak engkorang lah. asalkan pakai ye dokk?
  • pastikan rambut/tudung anda dalam keadaan yang kemas.
  • find the light
-takde sape nak tengok gambar korang dalam gelap. cari matahari/lampu. 
  • extend your arm out
  • ambil beberapa gambar latihan 
-practise makes perfect!! try lah 3 gambar dulu. agak dah pro, ke step bawah.
  • senyum
-kalau selfie, senyum jangan terlalu awkward. senyum je mcm biasa. 
  • buat muka. NO MORE DUCKFACES :p
nak buat duckfaces ke hape, buatlah. ni taknak ikut pon takpe gak
  • try pose mcm pro
- amik monopod, pose lah korg dgn teddy bear ke hadiah ke ape, pose lah mcm mane pon. boleh cari inspirasi di google. type "model pro poses" atau pro poses atau ape saja.


ini jelah. harap menjadi :)

Thursday, 1 May 2014

#diantips whiten ur skin (cerahkan wajah anda)

amboi cik diana. title post ni mcm buat iklan kat tv je. pastu tetiba hashtag #diantips (mcm ada org nk buat hashtag ni O_O) 

k. balik kepada tajuk. sebenarnya, aku tak tau mana nak start. tapi akan ku start skrg. sebenarnya kulit muka dian warna putih-putih mcm tu la. tapi, selalu libatkan diri dgn aktiviti outdoor. kawad lah, apa lah. sampai kawan tegur. kulit dah gelap. macam lah kulit muka kau tu putih sangat?  tau tak sakit hati bila ada org ckp mcm ni. balik rumah. ape lg. lari terus capai pencuci muka. 

lepas cuci muka, lap guna tuala bersih. WHAT?!! putih je kulit!! tapi betul lah jugak. kulit aku ni takleh kena matahari sgt. SUNBURN. kena je muka merah. tambah-tambah lagi kulit gelap.


so aku mau bebel. nak share tips ni je. insyaallah berkesan! ^____^

1. guna pencuci muka yg boleh memutihkan kulit muka
-mcm dian, pakai fair & lovely. guna safi balqis/safi pun boleh. lain-lain tak tau la. kot ada tapi dian tak tau

2. guna krim pemutih
-safi balqis pun ada. fair & lovely pun ada. safi pun ada. 

3. masker 
-boleh guna nivea/garnier. rasanya pencuci muka garnier pun boleh jgk putihkan muka. *xnah try:p

4. bedak sejuk
-bedak sejuk thanaka!!!!!!!

5. lemon scrub
-lemon + gula = lemon scrub. lemon mmg terkenal dgn memutihkan segalanya. gula mcm moisturizer

6. beras+air
amik beras sikit je pun..kalau boleh blen guna blender la..bg die kecik sikit/korg boleh tumbuk die gune ape je yg boleh tumbuk beras tu..lps tu mix dgn air. sapu kat muka. boleh ckp Rice Scrub la

Extra Tips! Korang boleh guna BB/CC cream yg jenis boleh putihkan kulit dlm sekali gus! Jenama NuTeen, Garnier ada. So, insyaallah korang akan nampak kesan dalam masa 2 minggu. :)

Sunday, 27 April 2014

get ready to that BIG event!

hi ada event? formal event? wedding? dinner? mesti korang nak nampak cantik. kan?!!! jom kita mulakan rutin seminggu sebelum event tu! (hari sabtu tu event korang. atau boleh buat rutin ni bila je korang nak~)



  • Isnin-baiki kulit anda!
- hilangkan jerawat, whiteheads, blackheads & apa saja yg boleh hilangkan

  • Selasa-putihkan kulit anda
-sekiranya anda selalu melibatkan diri dlm aktiviti outdoor, putihkan/cerahkan kulit anda.
-anda boleh menggunakan cleanser yg boleh memutihkan kulit anda
-scrub yg boleh memutihkan kulit anda juga
-masker pun boleh
-krim pun boleh. asalkan sesuai dgn kulit/wajah anda
-dgn cara lemon scrub + gula. 
-beras + air kemudian sapukan di muka (ini juga dipanggil sebagai scrub)

  • Rabu-lembabkan kulit anda! (moisture your skin!)
-dgn menggunakan moisturizer kegemaran anda, sapu di muka
-dgn menggunakan lipbalm, ia dpt membantu bibir anda lembut+tidak merkah. boleh gunakan lipscrub. (akan ada tutorial di next post!)
  • Khamis-kulit berminyak? 
-guna telur putih/korg boleh beli online. egg whites dlm botol pen. tak payah nak pecahkan telur bagai! sapu je di seluruh muka
-guna peeling mask!
  • Jumaat-putihkan gigi anda+cuba mekap yg baru utk pakai pada hari esok!
-gunalah pemutih gigi apa. ubat gigi yg 
-"optic white" tu pun boleh. yg ada iklan Fazura yg cantik tu!!! cantiknya diaaaaaa kat iklan tuuuu!!!!!
-cari mana-mana majalah & cuba mekap yg ada dlm majalah tu. saya biasa cari kat majalah-majalah sesuai dgn umur :D

  • Sabtu-harinya!
-good luck!
-all the best!

maaf sekiranya BM saya tak betul. saya hanya ingin membantu semua org. tp kemudiannya mungkin ada cerita sikit. even takde org komen. at least dorg baca :) syukurlah.. alhamdulillah... 



Wednesday, 2 April 2014

Cara hilangkan whitehead & blackhead

banyak sangat cara nak hilangkan whitehead & blackhead. cuma kita je tak tau. 

antaranya, telur putih, mask, nose strip (apa kebenda tah ejaannya)

ok. ni antaranya. kalau nampak bintik-bintik di hidung. 

ok. terussss hilangkan ok! kalau aku mcm ni, nak nanges aku! *ps:credit di google*

guna lah nose strip jenama biore. tapi cara jimat...

ambil telur putih, kapas dan letakkan di seluruh muka...sampai benda tu kering 






TATATATATATATATA!!










Tuesday, 11 March 2014

Selamat hari lahir

Terfikir nak buat kad ucapan selamat hari lahir kat best friend aku. 

Dah siap! ^_^ ikut warna tema yang dia suka lagi! Kuning + biru.

Bawah sekali tu, aku tanda tangan, letak nama aku. Tulis "from," 

Aku nak tulis "from your best friend," 

Aku tertanya-tanya, dia anggap aku ni best friend dia ke?

Siapa tahu? Dia pernah bagitahu aku, dia anggap aku macam best friend dia.

Tapi aku tetap tulis "from," biarlah, lantaklah, tak tulis best friend pun.

Dan aku buat koma "," untuk kawan-kawan yang lain tanda tangan. Buat kenangan lah katakan.

Aku tertanya lagi.

Nak ke kawan-kawan aku yang lain tanda tangan? Yalah, buruk, simple sangat. Siapa pun nak tanda? Tulisan buruk+kecil.

Aku punya tulisan kecil sebab aku tak kuat nak tulis bagi NORMAL. Small! Cikgu tuition aku pun tegur, tulisan kecil. Aku cuba. Tapi tak boleh. Aku guna pensel 2B dan terus menulis tanpa putus asa. "Tulisan kecil tak apa, asalkan jelas" kata cikgu tuition aku. Tapi, tulisan aku jelas apa. 

Tulisan aku kecil + buruk + tulisan sepergi italic. Senget benget. Nak bagi cantik + kemas. 

Ok, berbalik pada tajuk.

Malam ini juga, aku tulis puisi (kira puisi lah ni. Tapi nada tidak seperti puisi langsung!) ini di blog aku juga. 

Aku cuma nak ucapkan selamat hari lahir. Maaf jika ada salah & silap aku kepada kau, 
Kaulah kawan terbaik bagi aku.

Terimaaaaaaaaaa kasihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Sebab kau dah banyak tolong aku, ajar aku, banyak lagilah! 

--Selamat hari lahir sahabat.

Tuesday, 4 March 2014

Tips: musim jerebu

Kalau jerebu je, saya sakit tekak. So, ni beberapa tips (tak banyak sgt) nak share! ^_^


  • minum air banyak 
  • sentiasa basuh muka anda dengan air bersih
  • kurangkan aktiviti di luar
  • pakai topeng kalau berada di luar 

Jerebu akan menyebabkan:-

  1. Sakit tekak
  2. Batuk
  3. Lelah dan asma
  4. Masalah pernafasan
  5. Mata merah dan berair
  6. Gatal-gatal
copy. Ok, take care followers :)